About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Sunday, December 27, 2009

Lawatan ke Taman PKNK





Walaupun 25 Disember 2009 adalah hari percutian awam Hari Krismas, tetapi Unit Perkhidmatan DAP Kedah telah menjalankan lawatan ke Taman PKNK yang dibawah DUN Derga.

Lawatan tersebut dianggotai oleh Saya, Sdr KB Teoh, Sdr Chow Hooi Pin, Sdr Hor Kek Koek, dan juga Ketua Kampung kawasan tersebut, pemimpin-pemimpin cawangan serta ahli-ahli cawangan Taman PKNK yang ditubuhkan baru-baru ini.

Kami menerima aduan daripada penghuni-penghuni dalam taman tersebut berkenaan dengan masalah sampah-sarap, penghuni yang menjalankan ubah-suai dan penyelenggaraan rumah yang tidak bertanggung jawab membuang batu-batan di persekitaran jalan dan juga jalan taman yang berlubang.

Selain daripada menerima aduan, Unit Perkhidmatan DAP Kedah juga menjalankan kempen daftar pengundi dan menghantar risalah "Rocketkini" ke setiap rumahtangga.

Kami mendapat sambutan yang begitu meriah daripada penghuni-penghuni berbilang kaum di Taman PKNK dengan mengalakkan DAP supaya dapat menjalankan lebih banyak aktiviti di taman tersebut.