About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Saturday, May 14, 2011

DAP kedah melancarkan kempen Pendaftaran Rakan DAP di Alor Setar, Kedah







Pagi ini, 13hb Mei 2011, jam 9.00 pagi, Dap Kedah/Perlis telah mengadakan suatu upacara resmi kempen pelancaran pendaftaran sebagai Rakan DAP berdekatan medan selera Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah. Pelancaran aktibiti ini adalah simbolik untuk kemudian nya, secara berterusan, menjalankan pendaftaran tersebut di Sungai Petani, Lunas, dan juga di Negeri Perlis. Tujuan kempen ini adalah untuk bergiat lebih lagi aktibiti aktibiti mengalu alaukan rakyat untuk mara ke hadapan supaya menjadi pembantu jentera DAP secara sukarela bukan sahaja di kawasan yang DAP akan bertanding, tapi juga di merata rata kawasan di negeri Kedah dan Perlis untuk menentukan kemenangan semua parti parti PAKATAN RAKYAT dengan lebih besar pada PRU-13 nanti.

Harapan DAP bersama sama parti lain dalam PR adalah untuk melihat lebih ramai lagi sukarelawan membantu bakal calon PR di semua kawasan menjelang PRU-13 yang berkemungkinan kian menghampiri.

Kami, DAP Negeri Ked/Perlis sangat berharap kempen ini akan memberi kesan yang berkelebihan lagi bukan saja pada DAP tapi juga pada PR keseluruhan pada PRU-13 nanti. Semua sukarelawan yang ingin daftar sebagai Rakan DAP harap mengisi maklumat yang terperinci dan lengkap pada kad pendaftaran dan menghantarkan kad pendaftaran kad tersebut ke PEJABAT DAP NEGERI KEDAH/Pusat Khidmat DUN Kota Darul Aman tel.Pej :04-7320468/fax 04-7330796), di No. 15 Tkt Atas, Tmn. Perindustrian Ringan Kristal atau terus berhubung dengan Sdr. Cheah (tel: 016-4197692/ Sdr. Vincent Chee,(tel; 019-4040998/ Sdr, Dr. Lim (tel: Sdr. Jason Chiang (tel:012-5189116)/, Sdr. Chow (tel: 012-4278551), Sdr. Tan (tel:017-5463357), Sdr Seow (tel: 019480118). Untuk kawasan Sungai Petani, Sdr. Teh Seng Teik(016-4432800), Sdri. Nancy Yeoh (tel:016-4699938) , dan untuk negeri Perlis, Sdr. Teh Seng Chuan (tel: 0194181118), Sdr. Ling (tel: 0124721999).

Pendaftaran Rakan DAP juga boleh dilakukan secara ONLINE pada FACEBOOK, dan dapkedah@hotmail.com
Semua yang didaftar menjadi RAKAN DAP adalah untuk kerja kerja membantu menjadi ejen mengira undi, menjaga undi di pusat pusat undi dsb.

DAP dan PR rakyat sangat berharap rakyat jelata dapat membantu dengan apa cara saja supaya membawa lebih kejayaan pada PR pada PRU-13 supaya bukan sahaja Kedah, tapi juga seluruh Negara untuk membawa perubahan, demi menikmati kerajaan yang lebih bersih, boleh dipercayai, terbuka, adil dan bertanggungjawap kepada rakyat yang berbilang bangsa dan ugama dan menolak semua dakwaan, fitnah, yang tidak bermoral.

Kempen ini dijalankan secara berterusan menjelang PRU-13 di Negeri Perlis juga, dan semua sukarelawan yang umur tidak kurang dari 18 tahun di alu alukan.

Yang ada bersama sama kami buat pelancaran permulaan di Alor Setar pagi ini adalah Sdr. Loke Siew Fook, Ahli parlimen Rasah yang juga ADUN kawasan Lobak, Sdr. S/usaha publisiti DAP Negeri Kedah Sdr. Dr. Lim Sin Keat, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Kedah Sdr. Tan Foon Heong, serta lain lain AJK DAP Negeri Kedah dan seramai 15 ahli DAP dari kelima lima Cawagan DAP di sekitar Alor Setar,

Aktibiti mendaftarkan pengundi baru juga di buat bersama sewaktu pelancaran kempen mendaftar Rakan DAP juga diadakan.

Daripada Pengerusi dan Setiausaha Publisiti DAP Kedah/Perlis