About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Sunday, October 25, 2009

KONVENSYEN DAP KEDAH / PERLIS 2009


Kepada Semua Ahli DAP Negeri Kedah / Perlis,

Konvensyen Parti untuk tahun 2009 yang bertema: "Masyarakat Majmuk, Perlembagaan Sekular" akan diadakan pada 6hb November, 2009 (Jumaat), jam 2.30 petang, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Jalan Tanjung Bendahara, 05300 Alor Setar, Kedah.

Pemimpin dari DAP pusat yang akan turut menghadiri ialah: YB Saudara Tan Kok Wai dan Speaker ialah YB Saudari Leong Mee Meng.

Kehadiran anda semua adalah diwajibkan. Hanya pakaian seragam parti, iaitu baju putih, seluar hitam dan kasut kulit berwarna hitam dialu-alukan.

Sekian, Terima Kasih.

致: 吉玻州民主行动党全体党员

吾党将于6-11-2009 (星期五), 下午2.30, 在吉打州华人大会堂冷气礼堂召开常年代表大会.
此项代表大会主题为: "多元社会,世俗国家", 吾党全国副主席陈国伟国会议员同志将莅临发表演说, 而大会议长则由霹雳州也朗区州议员梁美明同志担任.

敬希全体党员准时拨冗出席. 穿着只限党服, 即:白衣, 黑色长裤及配上黑皮鞋.

此致, 谢谢!

Sunday, October 18, 2009

Deepavali Aid for The Unfortunate





Today, 15/10/09 I took the initiative as PR/DAP ADUN for Kota Darul Aman constituency, with sincerity to have a Deepavali welfare aids presentation for the poor and unfortunate from the Indian community of the hindu faith.

Thought the amount of ‘ang pow’ may be small I believe it will be very meaningful to all the people I met at the occasion at 2.30pm this evening at the Kedah Indian Association hall, at Hijau Kunning Sport Komplex at my constituency., because I could understand their feeling as I was from a poor family like them when I was schooling and living in the nearby village after the railway track, called Kampong Seberang Keretapi.back in the sixties.

This presents for them are a very small part of my Adun allocation for them to at least lighten their burden to go through this Festival Of the Light by the hindus. It had been the hope of the PR government of Kedah to take care of all the minorities in the state.Here I am doing my part as ADUN to help these people , within the means of the state government..

I would also like to thank a few of DAP Ketua Kampong for helping me to get the list of about 60 names of these unfortunate people from my constituency. I also would like to thanks all of the K/Kpg from DAP for their assistance and also, the management of the Kedah Indian Assiciation who offered me a free use of their hall for the presentation of these aids.

I would also like to wish all the hindus a very happy Deepavali celebration, health and happiness. May the light from this festival brings us more hope for a more equal and just society to this multi racial society of Malaysia for a better tomorrow. I also would like to thanks all the ketua kampong from the DAP who had helped me in making this occasion a success.

------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis Bantuan kepada yang kurang bernasib baik sempena Perayaan Deepavali

Hari ini 15/10/09 saya mengambil initiatif sebagai ADUN PR/ DAP kawasan Dun Kota Darul Aman, dengan iklas untuk mengadakan majlis penyampaian bantuan sempena hari Deepavali untuk gulongan yang kurang bernasib baik bagi kawasan DUN Kota Darul Aman dan Dun Derga untuk warga India beragama hindu yang berjumlah sebanyak 60 orang.

Walaupun pun bantuan yang di beri pada majlis ini adalah sumbangan berupa wang dan beras ini tidak banyak, akan tetapi sangat bermakna kepada gulongan ini kerana pemberian ini sekurang kurangnya dapat meringankan beban untuk mereka melalui perayaan ini. Majlis di adakan di dewan Persatuan India Kedah berdekatan di Komplex Hijau Kuning Alor Setar pada jam 2.30 petang. Saya sangat faham akan perasaan gulongan ini kerana pada masa saya bersekolahan dahulu saya pun menghadapi masaalah saperti mereka ini juga kerana saya pun berpengalaman melalui keadaan kemiskinan juga, dimana kampong Seberang Keretapi berdekatan dengan dewan persatuan itu lah tempat kampong yang saya tinggal dahulu.

Bantuan beras dan wang ini merupakan sebahagian kecil daripada peruntukan kerajaan negeri untuk kawasan DUN saya dan Derga dan sudah memang hasrat kerajaan PR Negeri Kedah untuk prihatin untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum dan ugama, mengikut kemampuan kerajaan negeri.

Saya juga ingin mengambil kesempatan juga mengucapkan terima kasih kepada ketua ketua kampong dari DAP kawasan Dun Derga dan Kota Darul Aman kerana membantu menguruskan majlis ini dengan jayanya. Turut bersama sama saya dalam majlis adalah ketua kampong Encik Zainol Endut, Encik Mohd Jalil, Encik Sim Boon Huat, Encik Khor Joo Siang, Encik Seow Kok Seong dan pembantu peribadi saya Encik Chow Hooi Pin.

Saya ucapkan perayaan Hari Deepavali ini dapat memberi mereka ini yang beragama hindu serta seluruh rakyat Malaysia masa hadapan yang penuh harapan, lebih sihat, lebih bahagia dan lebih cerah dari segi keadilan dan kesamarataan tanpa mengira kaum dan agama.

Tuesday, October 6, 2009

Lawatan ke Tapak Kebakaran bersama wakil PIKAT





Hari ini lebih kurang jam 11.00 pagi pihak PIKAT (Persatuan Isteri Isteri Wakil Rakyat Negeri Kedah), di ketuai olih Pengerusinya, Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Hajjah Faikah, isteri kepada YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman telah membuat lawatan ke tapak kebakaran di Kpg. Kilat, Kawasan DUN Kota Darul Aman serta memberi sumbangan barang keperluan dan wang kepada lapan keluarga mangsa kebakaran yang buat sementara waktu ini di tempatkan di asrama Komplek Hijau Kuning yang berdekatan dengan tempat kejadian kebakaran juga. Antara yang ikut bersama sama adalah sebilangan isteri isteri ADUN, saya serta pembantu peribadi saya Encik Chow Hui Ping.

Saya juga memberi bantuan wang peribadi sebanyak RM 100.00 untuk setiap keluarga mangsa yang terlibat.

Sambil merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa mangsa kebakaran di Kpg. Kilat pada pagi itu, saya sangat lah berharap supaya mangsa mangsa ini di tempatkan di suatu tempat sementara atau transit dahulu sebab tempat sementara di komplek tersebut tidak sesuai dan tidak begitu selesa.

Saya telah maklum kepada Exco Kerajaan Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri dan rujuk juga kepada Bahagian Perumahan Kerajaan Tempatan untuk merayu supaya mencepatkan proses menempatkan lapan keluarga kepada Skim perumahan PPR yang baru siap di belakang kilang tayar Sime Continental di kawasan industri Mergong buat sementara waktu sebelum mencari jalan membantu mereka yang layak untuk memberi rumah kepada mangsa mangsa kebakaran ini.

Saya difahamkan jumlah senerai permohon untuk rumah murah kerajaan selama ini telah meningkat sebanyak hampir melebehi 22,000,suatu angka yang sangat besar yang memerlukan rumah murah dan di suroh daerah Kota Setar sahaja dalam anggaran 7000.
Sebab itu kerajaan PR sangat prihatin terhadap gulungan ini yang miskin dan sangat memmerlukan rumah.

Saya percaya melalui pihak kerajaan perancangan untuk mengenalpasti tapak perumahan yang sesuai untuk penempatan kampong kampong disekitaran bandarya Alor Setar saperti Kpg. Kilat, Kpg Berjaya, Kpg Teluk Yan, Kpg. Pegawai sbg. Jalan keretapi dan Kpg. Seberang Nyonya. Ini adalah tempat yang sangat tidak teratur dan tidak tersusun serta tidak selesa selama sejak kerajaaan BN dulu. Kerajaan sekarang harus merancang untuk jangka masa panjang demi keperhatinan dan keselesaan rakyat yang nampak tidak apa apa perubahan selama ini sejak kerajaan BN dulu. Rumah rumah setinggan dan tidak teratur akan menjadi risiko tinggi untuk berlaku kebakaran yang akan meragut nyawa dan keselesaan hidup terutama di bandaraya Alor Setar harus di tingkatkan.

Kerajaan pusat BN harus berkerjasama dalam membantu kerajaan negeri Kedah dari segi membiayai pembangunan tambahan bagi skim perumahan murah tanpa mengambil kira kawasan pemerintahan mana mana parti politik yang mentadbir di mana mana negeri dan kawasan jika Perdana Menteri D.S Najib betul betul iklas untuk menjadikan konsep 1 malaysia dipercayai benar benar olih semua rakyat Malaysia. Jika begitu, maka konsep 1 Malysia barulah menjadi lebih bermakna kepada semua rakyat jelata.