About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Friday, January 9, 2009

Gerbang MUHIBAH Bandaraya Alor Star


Kebenaran untuk membina dan memasang gerbang keluli melintang Jalan Pekan Melayu dekat jambatan di Alor Star pada malam ini jam pukul sebelas amat bermakna untuk rakyat Kedah, kerana ia memperingatkan kembali pada kita dan generasi muda di negeri Kedah bahawa di sinilah mulanya fakta sejarah, orang Melayu dan kemudiannya orang China datang ke Alor Star dan bermastautin bersama-sama dengan suasana aman dan muhibah sekali pada awal abad ke- 17 masihi.

Pembinaan pintu gerbang berciri kaum Tiong Hua yang dibenarkan kerajaan PR disaksikan oleh Exco Kanan negeri, YB Dato Phahrolradzi, YB Tan Wei Shu, YB Tan Joo Long dan saya, adalah begitu sejarah dan bermakna sekali kerana kalau kita renung kembali, adakah ini akan dibenarkan oleh Kerajaan BN dulu? Adakah MCA dan Gerakan berani memohon, bukan setakat membina gerbang yang berciri kaum Tiong Hua ini? Selepas hampir 51 tahun setelah merdeka, barulah kaum tionghua rakyat Kedah nampak kerajaan baru PR adalah berfikiran rakyat.

Parti DAP Kedah telah cuba memperingatkan kerajaan BN khasnya MCA dan Gerakan, untuk berwaspada, mengapa? Pada awal tahun 2007 rakyat telah menyuarakan mengapa sejarah serta warisan dan budaya rakyat Tiong Hua tidak dipentingkan serta sejarah bagaimana Pekan China serta kedatangan kaum Tiong Hua berkampung di Alor Star dahulu dan berkampung berdekatan dengan kaum melayu dekat Pekan Melayu dengan begitu harmoni sekali. Yang kurang senang hati adalah mengapa nama beberapa jalan ditukarkann ke nama yang baru tanpa ambil peduli sejarah disebabkan pemikiran “Ketuanan” kerajaan BN.

Malam ini, 30hb. Dis.2008, kebenaran sudah diberi untuk mendirikan gerbang ini menunjukan detik yang penting bagi kerajaan PR kerana mengakui budaya dan warisan kaum Tiong Hua yang dapat juga mempromosikan kaum yang berbilang bangsa di negeri Kedah. Kaum Tiong Hua percaya ini adalah tidak dibenarkan oleh kerajaan BN dulu. Rakyat kaum Tiong Hua sekurang kurangnya merasai budaya dan sumbangan kaum Tiong Hua diakui kerajaan PR. Kita harus ingat bahawa di sinilah sebenarnya bermulanya 150 tahun dahulu suasana muhibah bermula, tetapi sedihnya kerajaan BN sebelum PRU ke-12 tidak ambil peduli kerana pemikiran “Ketuanan” BN-UMNO. Sebab itu kita dapati sebilangan nama jalan berdekatan Pekan China-Pekan Melayu ditukarkan ke nama lain tanpa menghiraukan sejarah dan warisan tempatan yang sebenarnya mampu menyumbang industri pelancongan. Saya cadangkan kerajaan kekalkan semula nama-nama jalan yang lama dan tambahan nama tulisan bahasa Tiong Hua pada nama-nama jalan di Pekan China untuk mengalakkan industri pelancongan.

Parti DAP bersama rakyat dari semua kaum mengucapkan banyak terima kasih kepada MB Kedah yang memahami aspirasi rakyat tempatan untuk meluluskan cadangan pembinaan gerbang ini melalui initiative NGO dari Dewan Pehimpunan Cina Kedah khasnya dan masyarakat amnya. Tindakan kerajaan yang berfikiran “rakyat” ini sudah tentu dialualukan dan disokong rakyat.