Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato Speaker, selamat pagi dan salam sejahtera kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar yang dikasihi, ahli ahli Yang Berhormat sekalian, tuan tuan, puan puan yang berada didalam dewan yang mulia ini.
Menjunjung kasih kebawah DYMM Tuanku Sultan di atas perkenanya Tuanku menyampaikan titah ucapan sempena perasmian mesyuarat bajet negeri kedah tahun 2010………..saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan taniah dan syabas kepada YAB Dato Setar Menteri Besar yang telah membentangkan bajet 2010 di mana keseluruhanya minitik beratkan kemajuan ekonomi, kualiti hidup & kesejahteraan rakyat.
Saya selaku wakil rakyat DUN Kota Darul Aman amatlah berbangga dengan pucuk pimpinan YAB Dato Seri Menteri Besar yang telah memastikan perjalanan pentadbiran kerajaan negara kedah pada 2009 telah berjalan dengan lancar. Atas sebab keadaan ekonomi global yang lembab, YAB Dato Seri Menteri Besar telah mengambil pendekatan mengalakkan pelabur tempatan bagi menggerakan pembangunan ekonomi negeri Kedah dengan menitik beratkan bidang PERTANIAN, PELANCONGAN DAN PERKHIDMATAN dimana sector tersebut telah mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kpd rakyat Negeri Kedah.
PENDAPATAN CUKAI HIBURAN merupakan salah satu sektor yang meyumbang untuk meningkatkan sebanyak 67.94%, ia itu dari jumlah RM714.5 ribu pada tahun 2008 kepada RM 1.2 juta pada bajet anggaran 2010. Oleh yang demikian, saya mencadangkan bahawa sebarang tindakan penutupan atau pemberhentian lesen haruslah di kaji dengan terperinci oleh kerajaan negeri.
Langkah langkah pemantauan dan penguatkuasaan haruslah diambil dan bukan penutupan yang diutamakan. Janganlah kita nak mengambil tindakan saperti peyakit selsema burung, kita bunuh semua burung, semasa penyakit JE, kita bunuh semua babi, dan jangan-janganlah sekarang wujudnya H1N1, kita nak bunuh semua orang kot. Jadi disini sekali lagi saya ingin mencadangkan janganlah disebabkan adanya sebahagian kecil peniaga peniaga yg. tidak mengikut peraturan, kita nak tutup semua lesen dan hentikan sektor perniagaan tersebut.
Dari pecahan peruntukan mengikut sektor, saya difahamkan bahawa saperti setiap tahun peruntukan untuk infrastruktor telah memiliki sebayak 65% dari jumlah peruntukan sebanyak RM 347.5 juta dan saperti tahun tahun yang lalu bidang pertanian juga dititik beratkan, iaitu sebanyak 8% sahaja diperuntukan. Ini bermakna sebanyak 73% perbelanjaan negeri telah dibelanjakan bagi kedua dua sector tersebut. Dari fahaman saya hanya 1% sahaja diperuntukan kpd. sector pelancongan.
Saya amat berharap pihak kerajaan dapat memberi tumpuan dan peruntukan yang lebih kepada sektor pelancongan, memandangkan terdapat banyak tempat peranginan yang sedia ada, yang berpotensi untuk menarik pelancong tempatan dan luar negeri, harus di bangunkan dan dipromosikan dengan sepenuh. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang dapat menyumbang kepada pendapatan negeri dengan adanya penyelengaraan yang baik pada infrastuktor yang dah sedia ada.
Seperti pada titah Baginda, Sg, Kedah yg merentasi Bandaraya Alor Setar mempunyai sejarah yang unik haruslah dititik beratkan. Baru baru ini semasa saya melawat kawasan DUN saya sendiri saya dapati projek Tmn. Persisiran Sg Kedah ditengah tengah Bandar A/S, bertentangan dengan Tg.Chali adalah didalam keadaan terbiar dan sangat memalukan, Di sini saya ingin mencadang kepada badan yg berkenaan untuk memikul tanggung jawab yang sepenuh untuk menghidupkan tempat tersebut.
Ini tidak termasuk yang lain lagi, seperti Tree Top Walk di Kulim dan, tak jauh dari Bandaraya Alor Setar, ia itu Kampung Tradisi Melayu berdekatan Gunung Keriang dan juga Muzium padi yang di katakan ,dengan izin, “The Pride of Kedah “, dah takkan kita nak ia jadi “The Shame of Kedah” kalau kita tak pakat pakat ambil peduli dan jaga dengan baik apa yang sudah sedia ada untuk guna pakai menarik pelancung dari dalam dan dari luar negeri jelapang padi ini.

Pada dasar kerajaan, Kedah akan dimajukan sebagai sebuah negeri pengeluar makanan yang utama, tindakan ini amat dipuji dengan langkah di akan diambil kerajaan. Saja juga cadangkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Pertanian harus lah diberitahu umum tanpa kira kaum , ugama dan warna kulit. Segala permohonan atau bantuan latihan haruslah di agih sama rata, adil dan saksama saperti dasar tender terbuka balak yg diamalkan pihak kerajaan yg. membawa peningkatan keuntungan dari RM 8 juta ke RM 35 juta. Bantuan kepada para petani dan penternak oleh kerajaan akan meningkatkan pendapatan dan seterusnya akan merangsangkan pertumbuhan ekonomi akan tercapai.
Berkaitan Strategi Kedua tentang pembangunan modal insan saperti titah tuanku, pihak kerajaan negeri telah mengambil pendekatan untuk mengutamakan pembangunan ini khusus dibidang PEDIDIKAN dan KEBAJIKAN. Pembangunan insan dan kemudahan sukan adalah satu langkah yg baik dan bijak.

Di sini saya ingin mencadangkan kpd kerajaan supaya pengagihan peruntukan yg tersebut tadi juga harus ditumpukan juga kpd sekolah rendah Agama Rakyat, dan juga jangan juga kita lupa sekolah rendah aliran Cina dan Tamil, kerana bantuan yang di beri tahunan untuk sekolah sekolah ini oleh kerajaan pusat, nak bayar bil letrik dan air pun tak cukup.
Memandangkan Sektor Perumahan adalah terkandung didalam peruntukan infrastuktur dan juga merupakan Strategi Ketiga kerajaan utk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Sekali lagi saya bersetuju sekali dgn cadangan supaya kerajaan membina lebih banyak rumah rumah kos sederhana berharga RM 150.00 kebawah dan juga kos rendah di atas tanah kerajaan, kerana jumlah permohonan rumah kos rendah sudah mencapai angka sebanyak 23 ribu diseluruh negeri Kedah dan di Daerah Kota Setar saja dah hampir 8 ribu.
Memandangkan jumlah permohonan di kaw. K/Setar sahaja adalah 34% dari jumlah permohonan, maka di sini saya mencadangkan kpd kerajaan untuk lebih serius menyelesaikan tunggakkan yg. begitu banyak.
Dan juga saya cadangkan supaya pembahagian perumahan haruslah dilakukan dgn adil dan telus untuk hasrat kerajaan mengurangkan polarisi kaum. Saya juga berharap tindakan pembinaan rumah kos rendah dapat di jalankan dlm masa yg terdekat ini.

Inilah saja, ucapan menjunjung titah tuanku dan pandangan yg. telah saya berkongsi dgn harapan dapat dilihat dengan lebih mendalam demi kesejahteraan rakyat.
Sekian terima kasih, Yang Berhormat Dato Speaker.