Terima Kasih atas sokongan kepada DAP! 谢谢您对民主行动党的支持! Thank you for supporting DAP!
About Me
- Lee, Guan Aik
- Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
- Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.
Wednesday, April 14, 2010
Majlis Gotong Royong Bersama Penduduk Taman Sejati Simpang Kuala
Pada hari ini,3hb Mac 2010,jam 9.00 pagi saya sebagai ADUN Kota Darulaman membuat suatu lawatan ke Tmn. Sejati, di belakang medan selera Spg. Kuala untuk melihat sendiri keadaan kebersihan dan sistem pengaliran air longkang dan parit yang dikatakan air longkang bertakung dan kemungkinan akan menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada pejabat kesihatan negeri dan Ketua Jabatan Unit Kesihatan Persekitaran kerana mengambil initiatif menjemput pihak Enviromental Idaman bersama -sama untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan ini selepas menerima beberapa aduan berhubung dengan jangkitan penyakit yang disyaki penyakit denggi.
Semasa saya buat lawatan saya bersama sama Ahli Majlis Encik Daniel dan Encik Chow Hooi Pin ke kawasan taman ini untuk memberi galakkan dan sokongan mengadakan majlis aktiviti gotong royong ini, saya dapati memang air bertakong di kedua dua belah Jalan Tokong 3, Tmn. Sejati yang penuh dengan sampah-sarap dan rumput di mana longkang ini kurang diselenggarakan.
Saya menasihatkankan supaya penduduk penduduk d ikawasan ini berkerjasama setiap masa untuk menjaga kawasan rumah masing masing supaya tiada sampah sarap memasuki parit yang menjadi salah satu penghalang kepada pengaliran air longkang.
Disamping itu juga diharap E-Idaman dapat memastikan pembersihan dengan peyelenggaraan longkang longkang yang lebih sempurna untuk mengurangkan banjir kilat di sekililing kawasan terdsebut.
Bagaimanapun saya akan menyeru pihak berkenaan untuk membina parit kongkrit yang lebih besar untuk mempercepatkan pengaliran air longkang di sekililing taman perumahan tersebut. Saya akan menulis kepada pihak MBAS berhubung masaalah ini pada masa yang terdekat ini.