About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Friday, August 20, 2010

UMNO vs MCA = dua-dua tumbang

kedahlanie
Penulis Tamu - rahim othman,


Waspadalah PR

Umno telah memainkan muzik tradisional Melayu yang biasa mengiringi pencak silat Melayu satu ketika dulu. MCA turut memukul gendang, tarian singanya. MIC sedang menanti-nanti saat dan ketika yang sesuai untuk mengetuk tablanya pula. Ayuh kita menari !. Jangan segan ! jangan malu... Nak bersilat ? Nak berkuntau ? kami alu-alukan ! Masuk gelanggang percuma !.

Itulah niat dan harapan pemimpin-pemimpin UMNO sebenarnya di dalam isu tuduh-menuduh, cabar- mencabar, terjah-menerjah dengan parti sahabat baik mereka MCA.

Ingat ! semua umat Melayu ! khasnya penyolong-penyokong dan mimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Jangan sekali-kali ikut menari atau bersilat dengan mereka kerana semua itu adalah perangkap. Masih ingatkah operasi “Ops Lalang 87”? Selak semula sejarah hitam yang berlaku 23 tahun dulu itu,,..dimana dengan mudah UMNO memancung kepala orang-orang yang tak sebulu dengan nya.

Kita sebenarnya sedang dipelawa supaya menari atau bersilat dipentas yang mereka sudah sediakan, .. dan beringatlah kita... Jangan pisang berbuah dua kali.

Operasi “Ops Lalang ‘87” sudah terpahat didalam sejarah hitam negara. Sejarah pedih yang menyiksakan, terutama rakyat marhaen yang tidak menyokong UMNO, khususnya orang-orang Pakatan Rakyat. Operasi tersebut dilakukan semasa saat-saat UMNO hampir tersungkur Sama lah situasinya pada masa ini...

Apa yang patut kita buat ?...
1. Kita jangan ikut menari atau bersilat.
2. Kita biarkan mereka bersilat sesama sendiri.
3. Kita lihat dari jauh. Baik juga kalau kita bertepuk tangan atau bersorak supaya mereka boleh bersilat sampai pengsan.
4. Sementara itu kita sudah bersiap sedia untuk membina pentas baru dimana kita akan persembahkan sebuah drama menarik dengan barisan pelakun-pelakun yang terbaik - bukan babak tarian atau persilatan.