About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Tuesday, February 15, 2011

Gong Xi Fa Cai open house by DAP Kedah and YB Lee Guan Aik, 14 Feb 2011/Rumah terbuka perayaan tahun baru cina di pdg.Pekan Simpang Kuala, Alor Setar.
































Tahun ini DAP Ked. dan Adun Kawasan Kota Darul Aman telah mengadakan rumah terbuka Gong Xi Fa Cai pada malam, jam 8.00 hingga 10.30 dengan mengadakan program pertunjukan tarian, nyanyian, tarian singa dan pertunjukan Kumpulan Chingay dari Alor Setar. Yang hebat adalah kali ini kehadiran dari semua lapisan masyarakat semua kaum di Alor Setar, bertempat di padang Komplex Pekan Simpang Kuala. Yang menakjubkan adalah, kehadiran yang ada adalah hampir lebih kurang 5000 orang, dan di jamu selera kueh muih dan minuman termasuk nasi lemak dan nasi beraini. Sambutan adalah sangat baik dan semua ahli ahli persatuan dari San Sheng dan ahli DAP dari cawangan berdekatan Alor Setar sangat berkerjasama. Pengerusi majlis ia itu Sdr.Dr.Lim Sin Keat, merangkap S/U Penerangan/publisiti DAP Kedah telah mengurus dan menjalankan majlis ini dengan teratur, baik, benar besar dan begitu rupa dan sangatlah berjaya. Terima kasih juga kerana kita berjaya memberi pendidikan kepada rakyat bagaimana menjaga kebersihan dan mengurus sampah sarap dengan cara mengurangkan kegunaan plastik dan mendidik rakyat untuk berdisiplin tidak membuang sampah merata rata kerana pada malam ini kita tidak mengunakan pengisi makanan dan minuman dengan bahan plastik dan thema adalah PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DEMI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN INSAN SEIMBANG.
Bolih dikatakan majlis ini amat berjaya kerana kehadiran begitu ramai menunjukan sangat jelas semua kaum telah menolak perkauman dan berita berita yang mengandungi fitnah fitnah dan ungkapan ungkapan yang berbau perkauman terhadap kerajaan PR dengan dalam masa 3 tahun ini. Rakyat sekarang sangat bijak kerana telah bolih menilaikan perpaduan antara kaum dan inginkan keharmonian dan juga dengan dasar kerajaan yang ikhklas, bersih dan berkebajikan sejak mula mula lagi menerajui negeri pada tahun 2008 lagi.