About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Tuesday, February 15, 2011

Gong Xi Fa Cai open house by DAP Kedah and YB Lee Guan Aik, 14 Feb 2011/Rumah terbuka perayaan tahun baru cina di pdg.Pekan Simpang Kuala, Alor Setar.
































Tahun ini DAP Ked. dan Adun Kawasan Kota Darul Aman telah mengadakan rumah terbuka Gong Xi Fa Cai pada malam, jam 8.00 hingga 10.30 dengan mengadakan program pertunjukan tarian, nyanyian, tarian singa dan pertunjukan Kumpulan Chingay dari Alor Setar. Yang hebat adalah kali ini kehadiran dari semua lapisan masyarakat semua kaum di Alor Setar, bertempat di padang Komplex Pekan Simpang Kuala. Yang menakjubkan adalah, kehadiran yang ada adalah hampir lebih kurang 5000 orang, dan di jamu selera kueh muih dan minuman termasuk nasi lemak dan nasi beraini. Sambutan adalah sangat baik dan semua ahli ahli persatuan dari San Sheng dan ahli DAP dari cawangan berdekatan Alor Setar sangat berkerjasama. Pengerusi majlis ia itu Sdr.Dr.Lim Sin Keat, merangkap S/U Penerangan/publisiti DAP Kedah telah mengurus dan menjalankan majlis ini dengan teratur, baik, benar besar dan begitu rupa dan sangatlah berjaya. Terima kasih juga kerana kita berjaya memberi pendidikan kepada rakyat bagaimana menjaga kebersihan dan mengurus sampah sarap dengan cara mengurangkan kegunaan plastik dan mendidik rakyat untuk berdisiplin tidak membuang sampah merata rata kerana pada malam ini kita tidak mengunakan pengisi makanan dan minuman dengan bahan plastik dan thema adalah PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DEMI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN INSAN SEIMBANG.
Bolih dikatakan majlis ini amat berjaya kerana kehadiran begitu ramai menunjukan sangat jelas semua kaum telah menolak perkauman dan berita berita yang mengandungi fitnah fitnah dan ungkapan ungkapan yang berbau perkauman terhadap kerajaan PR dengan dalam masa 3 tahun ini. Rakyat sekarang sangat bijak kerana telah bolih menilaikan perpaduan antara kaum dan inginkan keharmonian dan juga dengan dasar kerajaan yang ikhklas, bersih dan berkebajikan sejak mula mula lagi menerajui negeri pada tahun 2008 lagi.

Thursday, January 13, 2011

Friday, December 31, 2010

Majlis penyampaian peralatan sekolah kepada pelajar tegar miskin.



Suatu penyampaian bantuan peralatan kelengkapan sekolah di adakan hari ini 30/12/10 untuk jam 4.00 ptg. untuk pelajar pelajar miskin tegar untuk sejumlah 25 pelajar pelajar, di kawasan Dun DERGA dan Kota Darul Aman.
Focus kami adalah pada bantuan beg dan peralatan tulis saja kali ini, dan kami percaya lebih ramai lagi yang sangat memerlukan bantuan bukan sahaja bag dan alat tulis tapi juga pakaian sekolah dan kasut di antara yang perlu.
Saya akan mengenalpasti gulungan saperti ini dikawasan saya dan DUN angkat Derga untuk memastikan keperluan ini melalui ketua ketua kampong/komuniti untuk buat banci pada masa masa akan dating supaya mereka di beri bantuan.
Saya juga berterima kasih keata ketua ketua kpg yang berusaha menjalankan tugas dalam hal ini juga untuk mengenal pasti dan membolehkan saya membuat persediaan pada masa masa depan dan saya sangat berharaplah supaya ketua ketua kpg dan ketua komuniti dapat berkerjasama membuat laporan kepada pusat khidmat saya.
Peralatan yang di beri tidak begitu bernilai tinggi akan tetapi sangat bermakna kepada mereka ini lebih lebih lagi pada hakikat nya pada hujung tahun selalu kebanyakan ibubapa yang miskin menghadapi tekanan kewangan kerana tidak mampu dan beban dengan perbelanjaan peralatan sekolah anak anak mereka, terutama yang mempunyai anak yang ramai.
Jumlah bilangan pelajar yang saya sampaikan peralatan tersebut adalah seramai 25 orang.

Friday, December 17, 2010

Majlis makan malam/ceramah DAP Kedah/Perlis pada 14 Jan. 2011




Dap Kedah/Perlis will be having a grand dinner and ceramah come this Jan. 14th 2011 and we are proud to have our Sec. Gen and CM of Penang to be with us. Seats for dinner are available and we are too thankful for your support and donation in this event at Keat Hwa Secondary School(private) in Alor Setar.. Tickets are available, and supporters are to contact the organiser of this occasion.Your support and donations are most wellcome at DAP Kedah/Perlis office/Service center, tel 04-7320678 or at any of the tel nos. at the above posters or directly at DAP State Office, at No.15, 1st Floor, Tmn. Perindustrian Ringan Kristal, Mergong Alor Setar Kedah.

Saturday, December 11, 2010

Lawatan kemajlis rumah terbuka Dap Lunas







Terima kasih dan taniah kepada Ahli Majlis DAP kawasan Lunas kerana mengambil initiatif untuk mengadakan majlis rumah terbuka pada 4hb Dis 2010 untuk Perayaan Cahaya atau Deepavali bagi masyarakat orang India hindu. Saya tidak sangka bahawa Ahli Majlis Dap Lunas, Encik Neelameekan berupaya mengadakan majlis yang agar besar juga dan bertempat tidak jauh dari pusat khidmat dan Cawangan Dap Lunas. Ada bersama sama saya yang hadir adalah Sdr.Vincent Chee,Pemimpin DAPSY Alor Setar, Sdr. Teh Seng Teik Pengerusi cawangan DAP Kuala Muda merangkap Setiausaha Organisasi Negeri, dan beberapa ahli DAP dari Alor Setar. Bersama sama kami juga YB Manikumar dari PKR merangkap Exco hal ehwal masyarakat India, kerajaan negeri kedah ,turut di jemput hadir dalam suasana yang meriah.