About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Tuesday, October 6, 2009

Lawatan ke Tapak Kebakaran bersama wakil PIKAT





Hari ini lebih kurang jam 11.00 pagi pihak PIKAT (Persatuan Isteri Isteri Wakil Rakyat Negeri Kedah), di ketuai olih Pengerusinya, Yang Amat Berbahagia, Toh Puan Hajjah Faikah, isteri kepada YAB Dato Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman telah membuat lawatan ke tapak kebakaran di Kpg. Kilat, Kawasan DUN Kota Darul Aman serta memberi sumbangan barang keperluan dan wang kepada lapan keluarga mangsa kebakaran yang buat sementara waktu ini di tempatkan di asrama Komplek Hijau Kuning yang berdekatan dengan tempat kejadian kebakaran juga. Antara yang ikut bersama sama adalah sebilangan isteri isteri ADUN, saya serta pembantu peribadi saya Encik Chow Hui Ping.

Saya juga memberi bantuan wang peribadi sebanyak RM 100.00 untuk setiap keluarga mangsa yang terlibat.

Sambil merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa mangsa kebakaran di Kpg. Kilat pada pagi itu, saya sangat lah berharap supaya mangsa mangsa ini di tempatkan di suatu tempat sementara atau transit dahulu sebab tempat sementara di komplek tersebut tidak sesuai dan tidak begitu selesa.

Saya telah maklum kepada Exco Kerajaan Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri dan rujuk juga kepada Bahagian Perumahan Kerajaan Tempatan untuk merayu supaya mencepatkan proses menempatkan lapan keluarga kepada Skim perumahan PPR yang baru siap di belakang kilang tayar Sime Continental di kawasan industri Mergong buat sementara waktu sebelum mencari jalan membantu mereka yang layak untuk memberi rumah kepada mangsa mangsa kebakaran ini.

Saya difahamkan jumlah senerai permohon untuk rumah murah kerajaan selama ini telah meningkat sebanyak hampir melebehi 22,000,suatu angka yang sangat besar yang memerlukan rumah murah dan di suroh daerah Kota Setar sahaja dalam anggaran 7000.
Sebab itu kerajaan PR sangat prihatin terhadap gulungan ini yang miskin dan sangat memmerlukan rumah.

Saya percaya melalui pihak kerajaan perancangan untuk mengenalpasti tapak perumahan yang sesuai untuk penempatan kampong kampong disekitaran bandarya Alor Setar saperti Kpg. Kilat, Kpg Berjaya, Kpg Teluk Yan, Kpg. Pegawai sbg. Jalan keretapi dan Kpg. Seberang Nyonya. Ini adalah tempat yang sangat tidak teratur dan tidak tersusun serta tidak selesa selama sejak kerajaaan BN dulu. Kerajaan sekarang harus merancang untuk jangka masa panjang demi keperhatinan dan keselesaan rakyat yang nampak tidak apa apa perubahan selama ini sejak kerajaan BN dulu. Rumah rumah setinggan dan tidak teratur akan menjadi risiko tinggi untuk berlaku kebakaran yang akan meragut nyawa dan keselesaan hidup terutama di bandaraya Alor Setar harus di tingkatkan.

Kerajaan pusat BN harus berkerjasama dalam membantu kerajaan negeri Kedah dari segi membiayai pembangunan tambahan bagi skim perumahan murah tanpa mengambil kira kawasan pemerintahan mana mana parti politik yang mentadbir di mana mana negeri dan kawasan jika Perdana Menteri D.S Najib betul betul iklas untuk menjadikan konsep 1 malaysia dipercayai benar benar olih semua rakyat Malaysia. Jika begitu, maka konsep 1 Malysia barulah menjadi lebih bermakna kepada semua rakyat jelata.