About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Friday, December 31, 2010

Majlis penyampaian peralatan sekolah kepada pelajar tegar miskin.



Suatu penyampaian bantuan peralatan kelengkapan sekolah di adakan hari ini 30/12/10 untuk jam 4.00 ptg. untuk pelajar pelajar miskin tegar untuk sejumlah 25 pelajar pelajar, di kawasan Dun DERGA dan Kota Darul Aman.
Focus kami adalah pada bantuan beg dan peralatan tulis saja kali ini, dan kami percaya lebih ramai lagi yang sangat memerlukan bantuan bukan sahaja bag dan alat tulis tapi juga pakaian sekolah dan kasut di antara yang perlu.
Saya akan mengenalpasti gulungan saperti ini dikawasan saya dan DUN angkat Derga untuk memastikan keperluan ini melalui ketua ketua kampong/komuniti untuk buat banci pada masa masa akan dating supaya mereka di beri bantuan.
Saya juga berterima kasih keata ketua ketua kpg yang berusaha menjalankan tugas dalam hal ini juga untuk mengenal pasti dan membolehkan saya membuat persediaan pada masa masa depan dan saya sangat berharaplah supaya ketua ketua kpg dan ketua komuniti dapat berkerjasama membuat laporan kepada pusat khidmat saya.
Peralatan yang di beri tidak begitu bernilai tinggi akan tetapi sangat bermakna kepada mereka ini lebih lebih lagi pada hakikat nya pada hujung tahun selalu kebanyakan ibubapa yang miskin menghadapi tekanan kewangan kerana tidak mampu dan beban dengan perbelanjaan peralatan sekolah anak anak mereka, terutama yang mempunyai anak yang ramai.
Jumlah bilangan pelajar yang saya sampaikan peralatan tersebut adalah seramai 25 orang.

Friday, December 17, 2010

Majlis makan malam/ceramah DAP Kedah/Perlis pada 14 Jan. 2011




Dap Kedah/Perlis will be having a grand dinner and ceramah come this Jan. 14th 2011 and we are proud to have our Sec. Gen and CM of Penang to be with us. Seats for dinner are available and we are too thankful for your support and donation in this event at Keat Hwa Secondary School(private) in Alor Setar.. Tickets are available, and supporters are to contact the organiser of this occasion.Your support and donations are most wellcome at DAP Kedah/Perlis office/Service center, tel 04-7320678 or at any of the tel nos. at the above posters or directly at DAP State Office, at No.15, 1st Floor, Tmn. Perindustrian Ringan Kristal, Mergong Alor Setar Kedah.

Saturday, December 11, 2010

Lawatan kemajlis rumah terbuka Dap Lunas







Terima kasih dan taniah kepada Ahli Majlis DAP kawasan Lunas kerana mengambil initiatif untuk mengadakan majlis rumah terbuka pada 4hb Dis 2010 untuk Perayaan Cahaya atau Deepavali bagi masyarakat orang India hindu. Saya tidak sangka bahawa Ahli Majlis Dap Lunas, Encik Neelameekan berupaya mengadakan majlis yang agar besar juga dan bertempat tidak jauh dari pusat khidmat dan Cawangan Dap Lunas. Ada bersama sama saya yang hadir adalah Sdr.Vincent Chee,Pemimpin DAPSY Alor Setar, Sdr. Teh Seng Teik Pengerusi cawangan DAP Kuala Muda merangkap Setiausaha Organisasi Negeri, dan beberapa ahli DAP dari Alor Setar. Bersama sama kami juga YB Manikumar dari PKR merangkap Exco hal ehwal masyarakat India, kerajaan negeri kedah ,turut di jemput hadir dalam suasana yang meriah.

Thursday, November 25, 2010

Malaysians4Change.mp4

Tuesday, November 23, 2010

Tuesday, November 16, 2010

Perutusan Aidil Adha 1431 Hijrah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Selasa, 16hb November 2010:

Perutusan Aidil Adha 1431 Hijrah

Salam Aidil Adha saya ucapkan dari hati kecil ini buat semua umat Islam terutamanya mereka yang menunaikan fardhu haji di Makkah pada tahun ini. Semoga Allah SWT merahmati ibadah mereka dengan haji mabrur yang diterima Ilahi.

Aidil Adha atau Hari Raya Korban adalah hari yang suci dan penting untuk umat Islam menginsafi betapa perlunya pengorbanan dalam hidup dan dalam perjuangan. Saya difahamkan bahawa pengorbanan bukan sahaja bererti korban nyawa dan harta benda tetapi ia juga membabitkan pengorbanan jiwa dan sanubari. Ini bererti kita perlu berkorban demi kebenaran untuk menolak kemungkaran, kepalsuan dan pembohongan.

Ramai di kalangan kita yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tetapi masih ada segelintir manusia yang tidak mahu keluar dari tempurung perkauman. Golongan ini melihat segala-galanya dari sudut kaum; sehingga mereka sanggup memfitnah sesama jiran dan sahabat termasuk mennghasut hasad dengki dan benci-membenci antara kaum.

Betapa serius fitnah boleh dilihat bila ada gambar palsu diedarkan oleh pihak tertentu bahawa saya sebagai orang bukan Islam telah sembelih lembu pada Hari Qurban, sedangkan yang sebenarnya sembelih lembu adalah Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Adalah diharapkan perbuatan terkutuk ini tidak akan diulangi lagi.

Sifat-sifat buruk serta keji seperti rasuah, korupsi, pecah amanah, menindas, menyalahgunakan kuasa dan sebagaimana tidak mengenal kaum. Sama juga dengan perjuangan bersama tanpa mengenal kaum berlandaskan prinsip yang dikongsi bersama seperti Keadilan, Kebenaran, Kebebasan, Kebajikan untuk rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan.

Oleh itu, sempena hari yang mulia ini, kita sebagai rakyat Malaysia pelbagai kaum perlu berikrar untuk menolak fitnah dan bohong serta sentimen perkauman benci-membenci. Biar kita menerima keredhaan daripada Tuhan yang mencipta kita semua bukan dengan membeza-bezakan atas warna kulit tetapi mencari persamaan atas warna darah yang sama dengan masalah dan harapan serupa sebagai seorang ibu,bapa,abang, adik, kakak, anak dan cucu.

Selamat menyambut Aidil Adha 1431 Hijrah.

*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

Thursday, November 11, 2010

Lawatan ke Tmn.Bee Bee Park, 10hb. Nov. 2010.

Berjumpa dengan penduduk yang terlibat dengan banjir kilat dan memberi nasihat dan menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk penduduk yang terlibat pada jam 2.00 petang.
Nasihat sepatah dua kata diadakan di tok kong Chi Kong.






Wednesday, November 10, 2010

Chinese media reports(Laporan media cina di Kedah, Kawasan Bandaraya Alor Setar)



Banjir kilat di negeri Perlis







Unit bantuan dari Dap Pelris dan rakan dari PAS bersatu untk menjalankan operasi bantu mangsa banjir di Kangar dan Kuala Perlis pada 1hb dan 2hb Nov.2010 siang dan malam. Syabas pada Pas dan Dap di Perlis.

Giving out Deepavali aids to the poor, 2nd Nov. 2010.

At 2.30 pm a group of 50 poor people from from the indian community were told to meet at the Kedah Indian Association. All these people are identified through Village heads or community heads(ketua kampong) and with their help, we organise a ceremony to give Deepavali aid to them and wish them Happy Deepavali. With me are my personal assistance Sdr. Cheah, Ahli Majlis Bandaraya/Dap state Secretary, Sdr. Chow Hui Ping, Sdr. Zainol Endut(Dap ked vice chairman) and several Dap members. We thanks them for their help and cooperation for the success of the occasion, and also thank the KIA management for allowing us to use the venue for the purpose.
All those deserving to have the aids were from both Kota Darul Aman and Derga constituency.Each person were given Rm 45.00 worth of rations.A total of 50 people from the two constituency deserve the handouts.


Sunday, November 7, 2010

Banjir kilat di Jln. Market Teluk Wanjah, 5hb Nov. 2010, jam 11.00 pagi




Lawatan kawasan banjir kilat di Kpg Sbg. Tambang Badak memberi bantuan makanan 5hb. Nov. 2010 10.30 pagi




Keadaan banjir kilat di Alor Setar pada 6 Nov.2010

Jalan Lumpur/Jln. Putera, Alor Setar.

Jalan Putera, Alor Setar.

Jalan Putera/Kpg. Perak, Alor Setar.

Jalan Kpg. Perak, Alor Setar.

Tmn. Dato Syed Mohammad, Jln. Sultanah Alor Setar.

Tmn. Dato Syed Mohammad, Jln Sultanah,Alor Setar.

Tmn. Dato Syed Mohammad,Jln. Sultanah,Alor Setar

Tmn. Rakyat,Jln. Tun Razak, Alor Setar.

Sg. Anak Bukit, AlorSetar

Projek landasan kereta letrik berkembar
Pantai Johor

Pantai Johor

Pantai Johor

Pantai Johor

Pantai Johor

Pantai Johor

Kampong Seberang Tambang Badak

Jalan Putera, Alor Setar.

Jln. Putera Alor Setar

Jln. Putera, Alor Setar

Jln. Petera, Alor Setar
Banjir di Tmn. perumahan di sini amat teruk sekali kerana projek landasan kereta letrik berkembar oleh Gamuda, yang dijalankan oleh kerajaan pusat yang tiada perancangan untuk mengambil langkah langkah terlebih dahulu supaya saluran air yang lebih berkesan dan cepat sekiranya berlaku banjir kilat saperti yang berlaku dalam berapa hari ini yang rakyatlah menjadi mangsa dengan takongan yang lebih lama sebelum redar.