About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Monday, November 30, 2009

Sejauhmana kejujuran PM dan UMNO ?


Rakyat jelata bersentimen bahawa BTN (Biro Tata Negara) yang menyampaikan bahan- bahan yang dikatakan menindoktrinasikan kepada para hadirin dengan unsur politik dan perkauman yang berpihak kepada kerajaan BN dan UMNO harus dipandang serius oleh kerajaan kerana jika perkara ini dikatakan berat sebelah akan menghancurkan pada masa hadapan negara yang tidak diharap-harapkan oleh semua rakyat tanpa berbilang kaum. Rakyat jelata kini berasa sudah cukuplah konsep “divide and rule” yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama 52 tahun.

Sepertimana yang saya alami, semasa saya menyertai satu Seminar Perlembagaan Persekutuan di Dewan Sri Negeri yang dianjurkan oleh INSPIN di mana perkara-perkara yang dihujah dalam majlis taklimat tersebut telah membuat saya terasa tidak selesa dan tidak berada dalam keadaan ketenteraman, akan tetapi saya bersabar juga sehingga habis seminar itu. Adun PR yang hadir sejauhmana saya boleh ingat adalah tiga dari PAS, 2 dari PKR dan saya sendiri dari DAP.

Kerajaan pusat, pemimpin UMNO dan BN haruslah berhenti dengan budaya yang berpolitik perkauman jika berkehendakan semua rakyat Malaysia percaya benar konsep 1Malaysia.

Pengisian kursus yang bercorak perkauman sudah pasti akan membuat rakyat terutamanya, kaum minority sungguh tidak selesa dan berwas-was terhadap konsep 1Malaysia yang diiklankan 7 bulan yang lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Antaranya, sesuatu yang amat menghairankan ialah, walaupun kursus yang dijalankan oleh BTN berunsur sensitif dan berperkauman, tetapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin masih menafikan yang terbabit bukan pandangan peribadi beliau atau cabinet dan menyifatkan seminar / khusus tersebut adalah sangat sesuai diadakan.

Pada pandangan saya, jika seminar tersebut telah menyebabkan amalan kepada pemimpin-pemimpin UMNO tidak jujur, lebih baiklah konsep 1Malaysia dihentikan dengan serta-merta, sepertimana yang dikatakan oleh Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang.

Rakyat ingin melihat pemimpin UMNO dan PM menunjukan sejauhmana kejujuran dengan menutup dan melarankan BTN menjalankan kursus, setelah adanya siasatan yang sirius terhadap apa yang dilaporkan oleh mereka yang telah menghadiri kursus yang di katakan “pendidikan” itu penghalang kepada perpaduan rakyat dan Negara, jika benar belaka. Jika apa yang dikatakan adalah benar maka konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib adalah mengarut saja, jika apa yang diajar bercorak menghasut dan berunsur kepartian, bukannya membina insan yang berketerampilan tinggi tanpa apa-apa unsur politik sama sekali.


Kalau apa yang “dididikan” itu benar sepertimana yang dikatakan, ini sangat merbahaya, kerana masa hadapan pemikiran rakyat golongan muda sudah tidak selaras dengan 1Malaysia dibawah regim Najib. Rakyat sangat risau dan mula tidak percaya lagi akan mainan politik atau sandiwara BN/UMNO.

Yang paling hairan sangat oleh rakyat adalah apa pendirian MCA, GERAKAN dan MIC serta lain-lain parti komponen BN, kerana sanggup berdiam diri saja. Janganlah jadi pengkhianat kepada rakyat kaum minoriti dan berpura-pura tidak tahu selama ini. Mengapa tidak mendesak pemansuhan Biro Tata Negara yang sedang mempromosikan budaya berpecah-belah rakyat dan disebaliknya rhetoric dengan 1Malaysia.

Sunday, November 29, 2009

选区访问及新选民登记运动-系列一






吉玻民主行动党一行人在州议员李源益同志带领下, 于27-11-2009星期五, 清晨七时许, 到访米都历史悠久直落湾也菜市场, 同时展开新选民登记运动及推广党领袖座谈会DVD.

在短短的三小时内, 我们已收集到近30个新选民登记,表同时也在选民们的大力支持下, 售出了整八十套DVD, 是项令人鼓舞的成绩.

当然, 我们也获得了该隶属德卡选区许多选民, 针对各项地方课题给予正面的回应, 更表示对民主行动党的坚决支持.

我们承诺, 在接下来的日子将发动更多与选民近距离接触的活动, 期望能够为选民们提供更优秀的服务, 同时也希望支持民主行动党理念的各阶层人民踊跃加入成为党员, 壮大行动党, 人民才能当老板!

UCAPAN MEMBAHAS BAJET 2010 NEGERI KEDAH

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato Speaker, selamat pagi dan salam sejahtera kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar yang dikasihi, ahli ahli Yang Berhormat sekalian, tuan tuan, puan puan yang berada didalam dewan yang mulia ini.

Menjunjung kasih kebawah DYMM Tuanku Sultan di atas perkenanya Tuanku menyampaikan titah ucapan sempena perasmian mesyuarat bajet negeri kedah tahun 2010………..saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan taniah dan syabas kepada YAB Dato Setar Menteri Besar yang telah membentangkan bajet 2010 di mana keseluruhanya minitik beratkan kemajuan ekonomi, kualiti hidup & kesejahteraan rakyat.

Saya selaku wakil rakyat DUN Kota Darul Aman amatlah berbangga dengan pucuk pimpinan YAB Dato Seri Menteri Besar yang telah memastikan perjalanan pentadbiran kerajaan negara kedah pada 2009 telah berjalan dengan lancar. Atas sebab keadaan ekonomi global yang lembab, YAB Dato Seri Menteri Besar telah mengambil pendekatan mengalakkan pelabur tempatan bagi menggerakan pembangunan ekonomi negeri Kedah dengan menitik beratkan bidang PERTANIAN, PELANCONGAN DAN PERKHIDMATAN dimana sector tersebut telah mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kpd rakyat Negeri Kedah.

PENDAPATAN CUKAI HIBURAN merupakan salah satu sektor yang meyumbang untuk meningkatkan sebanyak 67.94%, ia itu dari jumlah RM714.5 ribu pada tahun 2008 kepada RM 1.2 juta pada bajet anggaran 2010. Oleh yang demikian, saya mencadangkan bahawa sebarang tindakan penutupan atau pemberhentian lesen haruslah di kaji dengan terperinci oleh kerajaan negeri.

Langkah langkah pemantauan dan penguatkuasaan haruslah diambil dan bukan penutupan yang diutamakan. Janganlah kita nak mengambil tindakan saperti peyakit selsema burung, kita bunuh semua burung, semasa penyakit JE, kita bunuh semua babi, dan jangan-janganlah sekarang wujudnya H1N1, kita nak bunuh semua orang kot. Jadi disini sekali lagi saya ingin mencadangkan janganlah disebabkan adanya sebahagian kecil peniaga peniaga yg. tidak mengikut peraturan, kita nak tutup semua lesen dan hentikan sektor perniagaan tersebut.

Dari pecahan peruntukan mengikut sektor, saya difahamkan bahawa saperti setiap tahun peruntukan untuk infrastruktor telah memiliki sebayak 65% dari jumlah peruntukan sebanyak RM 347.5 juta dan saperti tahun tahun yang lalu bidang pertanian juga dititik beratkan, iaitu sebanyak 8% sahaja diperuntukan. Ini bermakna sebanyak 73% perbelanjaan negeri telah dibelanjakan bagi kedua dua sector tersebut. Dari fahaman saya hanya 1% sahaja diperuntukan kpd. sector pelancongan.
Saya amat berharap pihak kerajaan dapat memberi tumpuan dan peruntukan yang lebih kepada sektor pelancongan, memandangkan terdapat banyak tempat peranginan yang sedia ada, yang berpotensi untuk menarik pelancong tempatan dan luar negeri, harus di bangunkan dan dipromosikan dengan sepenuh. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang dapat menyumbang kepada pendapatan negeri dengan adanya penyelengaraan yang baik pada infrastuktor yang dah sedia ada.

Seperti pada titah Baginda, Sg, Kedah yg merentasi Bandaraya Alor Setar mempunyai sejarah yang unik haruslah dititik beratkan. Baru baru ini semasa saya melawat kawasan DUN saya sendiri saya dapati projek Tmn. Persisiran Sg Kedah ditengah tengah Bandar A/S, bertentangan dengan Tg.Chali adalah didalam keadaan terbiar dan sangat memalukan, Di sini saya ingin mencadang kepada badan yg berkenaan untuk memikul tanggung jawab yang sepenuh untuk menghidupkan tempat tersebut.

Ini tidak termasuk yang lain lagi, seperti Tree Top Walk di Kulim dan, tak jauh dari Bandaraya Alor Setar, ia itu Kampung Tradisi Melayu berdekatan Gunung Keriang dan juga Muzium padi yang di katakan ,dengan izin, “The Pride of Kedah “, dah takkan kita nak ia jadi “The Shame of Kedah” kalau kita tak pakat pakat ambil peduli dan jaga dengan baik apa yang sudah sedia ada untuk guna pakai menarik pelancung dari dalam dan dari luar negeri jelapang padi ini.
Pada dasar kerajaan, Kedah akan dimajukan sebagai sebuah negeri pengeluar makanan yang utama, tindakan ini amat dipuji dengan langkah di akan diambil kerajaan. Saja juga cadangkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Pertanian harus lah diberitahu umum tanpa kira kaum , ugama dan warna kulit. Segala permohonan atau bantuan latihan haruslah di agih sama rata, adil dan saksama saperti dasar tender terbuka balak yg diamalkan pihak kerajaan yg. membawa peningkatan keuntungan dari RM 8 juta ke RM 35 juta. Bantuan kepada para petani dan penternak oleh kerajaan akan meningkatkan pendapatan dan seterusnya akan merangsangkan pertumbuhan ekonomi akan tercapai.

Berkaitan Strategi Kedua tentang pembangunan modal insan saperti titah tuanku, pihak kerajaan negeri telah mengambil pendekatan untuk mengutamakan pembangunan ini khusus dibidang PEDIDIKAN dan KEBAJIKAN. Pembangunan insan dan kemudahan sukan adalah satu langkah yg baik dan bijak.
Di sini saya ingin mencadangkan kpd kerajaan supaya pengagihan peruntukan yg tersebut tadi juga harus ditumpukan juga kpd sekolah rendah Agama Rakyat, dan juga jangan juga kita lupa sekolah rendah aliran Cina dan Tamil, kerana bantuan yang di beri tahunan untuk sekolah sekolah ini oleh kerajaan pusat, nak bayar bil letrik dan air pun tak cukup.

Memandangkan Sektor Perumahan adalah terkandung didalam peruntukan infrastuktur dan juga merupakan Strategi Ketiga kerajaan utk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Sekali lagi saya bersetuju sekali dgn cadangan supaya kerajaan membina lebih banyak rumah rumah kos sederhana berharga RM 150.00 kebawah dan juga kos rendah di atas tanah kerajaan, kerana jumlah permohonan rumah kos rendah sudah mencapai angka sebanyak 23 ribu diseluruh negeri Kedah dan di Daerah Kota Setar saja dah hampir 8 ribu.
Memandangkan jumlah permohonan di kaw. K/Setar sahaja adalah 34% dari jumlah permohonan, maka di sini saya mencadangkan kpd kerajaan untuk lebih serius menyelesaikan tunggakkan yg. begitu banyak.

Dan juga saya cadangkan supaya pembahagian perumahan haruslah dilakukan dgn adil dan telus untuk hasrat kerajaan mengurangkan polarisi kaum. Saya juga berharap tindakan pembinaan rumah kos rendah dapat di jalankan dlm masa yg terdekat ini.

Inilah saja, ucapan menjunjung titah tuanku dan pandangan yg. telah saya berkongsi dgn harapan dapat dilihat dengan lebih mendalam demi kesejahteraan rakyat.
Sekian terima kasih, Yang Berhormat Dato Speaker.