About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Friday, December 31, 2010

Majlis penyampaian peralatan sekolah kepada pelajar tegar miskin.



Suatu penyampaian bantuan peralatan kelengkapan sekolah di adakan hari ini 30/12/10 untuk jam 4.00 ptg. untuk pelajar pelajar miskin tegar untuk sejumlah 25 pelajar pelajar, di kawasan Dun DERGA dan Kota Darul Aman.
Focus kami adalah pada bantuan beg dan peralatan tulis saja kali ini, dan kami percaya lebih ramai lagi yang sangat memerlukan bantuan bukan sahaja bag dan alat tulis tapi juga pakaian sekolah dan kasut di antara yang perlu.
Saya akan mengenalpasti gulungan saperti ini dikawasan saya dan DUN angkat Derga untuk memastikan keperluan ini melalui ketua ketua kampong/komuniti untuk buat banci pada masa masa akan dating supaya mereka di beri bantuan.
Saya juga berterima kasih keata ketua ketua kpg yang berusaha menjalankan tugas dalam hal ini juga untuk mengenal pasti dan membolehkan saya membuat persediaan pada masa masa depan dan saya sangat berharaplah supaya ketua ketua kpg dan ketua komuniti dapat berkerjasama membuat laporan kepada pusat khidmat saya.
Peralatan yang di beri tidak begitu bernilai tinggi akan tetapi sangat bermakna kepada mereka ini lebih lebih lagi pada hakikat nya pada hujung tahun selalu kebanyakan ibubapa yang miskin menghadapi tekanan kewangan kerana tidak mampu dan beban dengan perbelanjaan peralatan sekolah anak anak mereka, terutama yang mempunyai anak yang ramai.
Jumlah bilangan pelajar yang saya sampaikan peralatan tersebut adalah seramai 25 orang.