About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Tuesday, January 19, 2010

Perlantikan Baru Ahli-Ahli Majlis Negeri Kedah (2010-2011)



Perlantikan tersebut telah disempurnakan setelah majlis mengangkat sumpah dijalankan pada 12hb Januari 2010, bertempat di Dewan Seri Negeri, Alor Setar.

Wakil dari DAP Kedah untuk penggal ini (2010-2011) adalah 6 orang berbanding dengan sebelum ini, hanya 3 orang dari DAP.

Sungguhpun parti dan saya juga pernah menerima kritik dan kutukan dari Parti Pembangkang (BN) dan juga suara tidak-puas hati dalam parti sebelum senarai nama perlantikan itu terdedah, tetapi saya yakin, dengan adanya amalan berprinsip dari parti DAP dan juga jaminan terhadap rakyat, maka keenam-enam orang Ahli Majlis DAP tetap akan menjalankan tugas dengan baik dan penuh bijaksana.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada ke-enam-enam Ahli Majlis wakil dari DAP.

Disamping itu, saya ingin menasihati ahli-ahli majlis DAP supaya janganlah melupakan sokongan hebat dari rakyat pada 8hb Mac, yang dikatakan telah menjanakan satu tsunami politik di negara ini. Pakatan Rakyat dapat menguasai lima negeri dalam tsunami politik tersebut. Tanpa sokongan rakyat jelata, maka tidak akan wujudnya wakil DAP yang menjadi Ahli Majlis dalam negeri Kedah hari ini.

Berikut adalah nombor-nombor telefon Ahli-ahli Majlis:-
M. Bandaraya Alor Setar - Sdr KB Teoh (012-232 6168), Sdr Chow Hooi Pin (012-427 8551)
M. Perbandaran Sg Petani - Sdr Teh Seng Teik (019-418 8000)
M. Perbandaran Kulim - Sdr Neelamekan (012-423 2991)
PBT-Kulim Hi-Tech - Sdr Tan Kok Yew (019-441 8511)
M. Daerah Kubang Pasu - Sdr Seow Kok Seong (019-480 8118)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
民主行动党吉打州县市议员于12-01-2010, 正式宣誓就任.

相比于上一届, 吾党在本届的名额倍增, 从三位到六位, 分布于亚罗士打市(2名), 双溪大年(1名), 居林市(1名), 居林高科技园(1名) 及古邦巴素县(1名).

虽然在名单尚未正式公布之前, 我们承受到敌对党的抨击, 更受到党内的舆论压力, 但我深信, 凭我们六位代表, 向来在党内效忠吾党所贯彻的负责任文化及对人民的承诺, 他们肯定可以胜任, 且绰绰有余.

大家都知道, 这是一项深具挑战而且吃力不讨好的任务, 但是, 只要我们的代表能够着重本身原则, 以团队精神出发, 那肯定将可以缔造另一个成果!

我诚挚的祝福吾党的六位县市议员, 同时作出叮咛, 绝不忘记选民在308大选的支持, 以排山倒海似的成绩, 让民联有机会在五个州属执政, 才有今天的民联市议员的产生.

兹将所有吾党市议员联络电话列下, 方便市民们联络:-
亚罗士打: 张开笔 (012-232 6168), 周炜坪 (012-427 8551)
双溪大年: 郑成德 (019-418 8000)
居林市: 倪兰梅肯 (012-423 2991)
居林高科技园: 陈国耀 (019-441 8511)
古邦巴素: 萧岑淞 (019-480 8118)