About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Wednesday, October 27, 2010

Kedah mula projek mega hujung tahun
Sinar Harian-27/10/10.

ALOR SETAR - Beberapa projek mega akan dilaksanakan penghujung tahun ini untuk mensejahterakan rakyat Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, setakat ini, projek yang dirancang itu masih dalam penelitian akhir dan dijangka dapat dimulakan dalam masa terdekat.

“Antaranya membabitkan sektor perumahan dan pembukaan beberapa bandar baru di negeri ini yang dirancang di daerah utara dan selatan Kedah,” katanya.

Bagaimanapun, buat masa ini Azizan enggan mendedahkan secara terperinci projek yang dirancang itu kerana ia hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Beliau turut membidas pihak tertentu, terutama parti lawan yang sebelum ini berkeras mahu Kerajaan Negeri mengumumkan pelan perancangan dan pembangunan negeri sehingga mendakwa Kedah pada tahap mundur serta tidak ada projek pembangunan bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“Tindakan mereka tidak wajar. Kerajaan Negeri tidak boleh sewenang-wenangnya mendedahkan pelan perancangan negeri pada umum. Sampai masanya baru boleh dihebahkan dan saya sendiri akan umumkan,” katanya.

Menurutnya, kewujudan projek mega ini sedikit sebanyak diyakini dapat menangkis tohmahan kononnya pembangunan di Kedah terbantut kerana kekangan kewangan dan sebagainya seperti yang pernah dibangkitkan oleh UMNO sebelum ini.