About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Friday, April 30, 2010

Pembukaan cawangan DAP Kuala Perlis









Pagi ini jam 10.30 saya menyaksikan pemasangan signboard DAP Cawangan Kuala Perlis yang telah di tubuh dan bersama sama saya adalah a Sdr. Teh Seng Chuan dari Cawangan Padang Besar dan Ahli Majlis DAP dari Kedah Sdr Chow Hui Ping dan sebahagian ahli DAP Cawangan Kuala Perlis. Dengan ini saya mengucapkan tahniah dan sangat berharap cawangan ini dapat menbantu menguatkan DAP Negeri Perlis dan PR di negeri Perlis untuk bersedia menghadapi PRU 13 di negeri Perlis.

Bersama sama saya adalah sebilangan besar ahli ahli DAP, pemimpin dari PAS dan PKR. Kami akan mengenalpasti tarikh yang sesuai untuk menjemput Sdr. Lim Guan Eng, (Ketua Menteri P. Pinang) pada masa yang terdekat untuk mengadakan pembukaan resmi.
Saya tahniah dan mengucap selamat berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat Perlis , DAP dan nama baik Pakatan Rakyat.

Wednesday, April 28, 2010

Dinding kongkrit bangunan usang bolih mendatangkan maut pada orang ramai dan penguna jalan harus di ambil perhatian serius








Se minggu sebelum ini, saya telah menerima aduan bahawa suatu bangunan lama yang sebahagianya sudah reput dan akan jatuh dekat tepi jalan dekat Tmn Persisiran Sungai dan Jalan Kilang Beras Lama yang terletak di tengah Bandaraya Alor Setar. Saya ambil keputusan kemudian untuk melihat dengan sendiri keadaan yang di katakan sebahagian dinding kongkrit bangunan tersebut yang usang adalah menjadi dinding maut. Memang keadaan struktur bangunan lama ini amat bahaya kerana berdiri di tepi jalan yang akan runtuh pada bila bila masa saja. Bangunan ini adalah melebihi hampir sudah 80 tahun Lebih lebih lagi kekuatan nya bergantung kepada akar pokok yang tumbuh berampingan stuktur kongkrit ini.Walaupun struktur usang ini adalah di dalam kawasan harta persendirian namun ia akan membawa suatu kecelakaan bila bila masa saja. Saya akan merayu supaya pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan yang cepat untuk meruntuhkan struktur tersebut ini sebelum apa apa yang melibatkan nyawa terjadi. Keselamatan orang ramai amat penting dan tindakan secepat mungkin harus di buat olih pihak berkuasa tempatan ia itu Majlis Bandaraya Alor Setar.

Wednesday, April 14, 2010

Majlis Gotong Royong Bersama Penduduk Taman Sejati Simpang Kuala


Pada hari ini,3hb Mac 2010,jam 9.00 pagi saya sebagai ADUN Kota Darulaman membuat suatu lawatan ke Tmn. Sejati, di belakang medan selera Spg. Kuala untuk melihat sendiri keadaan kebersihan dan sistem pengaliran air longkang dan parit yang dikatakan air longkang bertakung dan kemungkinan akan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada pejabat kesihatan negeri dan Ketua Jabatan Unit Kesihatan Persekitaran kerana mengambil initiatif menjemput pihak Enviromental Idaman bersama -sama untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan ini selepas menerima beberapa aduan berhubung dengan jangkitan penyakit yang disyaki penyakit denggi.

Semasa saya buat lawatan saya bersama sama Ahli Majlis Encik Daniel dan Encik Chow Hooi Pin ke kawasan taman ini untuk memberi galakkan dan sokongan mengadakan majlis aktiviti gotong royong ini, saya dapati memang air bertakong di kedua dua belah Jalan Tokong 3, Tmn. Sejati yang penuh dengan sampah-sarap dan rumput di mana longkang ini kurang diselenggarakan.

Saya menasihatkankan supaya penduduk penduduk d ikawasan ini berkerjasama setiap masa untuk menjaga kawasan rumah masing masing supaya tiada sampah sarap memasuki parit yang menjadi salah satu penghalang kepada pengaliran air longkang.

Disamping itu juga diharap E-Idaman dapat memastikan pembersihan dengan peyelenggaraan longkang longkang yang lebih sempurna untuk mengurangkan banjir kilat di sekililing kawasan terdsebut.

Bagaimanapun saya akan menyeru pihak berkenaan untuk membina parit kongkrit yang lebih besar untuk mempercepatkan pengaliran air longkang di sekililing taman perumahan tersebut. Saya akan menulis kepada pihak MBAS berhubung masaalah ini pada masa yang terdekat ini.