About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Wednesday, April 28, 2010

Dinding kongkrit bangunan usang bolih mendatangkan maut pada orang ramai dan penguna jalan harus di ambil perhatian serius








Se minggu sebelum ini, saya telah menerima aduan bahawa suatu bangunan lama yang sebahagianya sudah reput dan akan jatuh dekat tepi jalan dekat Tmn Persisiran Sungai dan Jalan Kilang Beras Lama yang terletak di tengah Bandaraya Alor Setar. Saya ambil keputusan kemudian untuk melihat dengan sendiri keadaan yang di katakan sebahagian dinding kongkrit bangunan tersebut yang usang adalah menjadi dinding maut. Memang keadaan struktur bangunan lama ini amat bahaya kerana berdiri di tepi jalan yang akan runtuh pada bila bila masa saja. Bangunan ini adalah melebihi hampir sudah 80 tahun Lebih lebih lagi kekuatan nya bergantung kepada akar pokok yang tumbuh berampingan stuktur kongkrit ini.Walaupun struktur usang ini adalah di dalam kawasan harta persendirian namun ia akan membawa suatu kecelakaan bila bila masa saja. Saya akan merayu supaya pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan yang cepat untuk meruntuhkan struktur tersebut ini sebelum apa apa yang melibatkan nyawa terjadi. Keselamatan orang ramai amat penting dan tindakan secepat mungkin harus di buat olih pihak berkuasa tempatan ia itu Majlis Bandaraya Alor Setar.