About Me

My photo
Alor Star, Kedah Darul Aman, Malaysia
Hi! I'm Lee Guan Aik (State Assemblyman for Kota Darul Aman state constituency Retired RMAF Senior Non Commission Officer/PC-7 Aircraft Engine Instuctor 1972-1991 Birthplace: Alor Setar Qualification:Senior Cambridge/Malaysia Cert.Education. Education:Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar.

Sunday, May 9, 2010

Majlis Penyampaian Pembayaran Wang Skim Kafalah Yang Di janjikan Kerajaan PR Negeri Kedah


Kerajaan PR Negeri Kedah sudah pun mengumumkan dan telah pun janji bahawa wang bayaran untuk perbelajaan urusan kebumian, di bawah skim Kifalah, akan di beri kepada waris yang telah meningal dunia tanpa apa sebab asalkan dia adalah dari golongan miskin tegar yang telah di daftar dalam senerai data dalam e-Sinar. pada hujung tahun 2009.

Demi keperhatinan kerajaan kepada rakyat yang sangat kurang bernasib baik, maka pada 5 hb Mei 2010, saya telah mengumpul sebanyak 6 permohonan yang pertama daripada waris yang telah pun meninggal dunia, untuk datang ke pejabat saya supaya menerima wang kebajikan tersebut.

Memang inilah janji kerajaan PR, akan tetapi,saya berharap sesiapa saja yang memperolehi pendapatan yang tidak melebehi Rm 720.00 sebulan ataupun jumlah pendapatan dalam satu keluarga itu, apabila di bahagikan kepada jumlah tanggungan dalam keluarga itu tidak melebihi Rm 180.00 seorang ahli keluarga, maka waris si mati boleh layak memperolehi wang skim kafalah ini daripada kerajaan melalui ADUN Kawasan.

Memperolehi wang ini sangat mudah setelah borang e-sinar di isi untuk pendaftaran kedalam senerai rakyat miskin tegar, satelah disahkan oleh Ketua Ketua Kpg./Komuniti kawasan, Penghulu Mukim dan Pegawai Daerah di mana pemohon ini beralamat.

Waris yang menuntut cuma perlu mengemukakan 1.Salinan sijil kematian yang disahkan, 2.Sijil permit penguburan yang disahkan, 3.Salinan kad e-sinar, 4.Salinan kad pengenalan, kemudian wang akan di keluarkan kepada waris yang menerima dengan mengisi baucer bayaran skim kafalah yang telah di isi dan satelah di akui sah Pegawai Daerah atau ADUN Kawasan.

Saya menyeru agar rakyat golongan miskin yang ingin bantuan skim kafalah ini di sekitar Kawasan Kota Darul Aman dan kawasan ADUN angkat Derga supaya datanglah ke pusat khidmat saya untuk berjumpa saya atau pembantu peribadi saya di No. 15, Tingkat Atas Taman Perindustrian Kristal, Mergong, Alor Setar, jika ad apa apa kesukaran berhubung hal ini.